Mat Spy

Filem Mat Spy terbitan Bintang Maju Film tahun 1985 ini adalah filem kedua Mat Sentul yang diterbitkan dalam format warna selepas filem Mat Tenggek. Filem ini dipasarkan dalam format vcd. Pada pengalaman peribadi penulis, filem ini dan Mat Tenggek tidak pernah ditonton di kaca tv berbanding filem-filem ' Mat ' yang lain. Kualiti video filem ini kurang baik, format gambarnya sama seperti kualiti video program tv era itu. Begitu juga dengan kualiti audio nya yang tidak memuaskan. Tidak menggunakan standard filem seperti filem yang ditayangkan di pawagam.

Mat Spy

Bahasa Bahasa Melayu, Cina
Pengarah Mat Sentul
Penerbit Mat Sentul
Dibintangi oleh Mat Sentul Malik Redzuan
Negara Malaysia